Sabtu, 9 Februari 2008

Jumaat, 8 Februari 2008

Penghulu Istigfar

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Rabu, 6 Februari 2008

Subhanallah...

Alangkah hebatnya ciptaan Allah. Kehebatan ciptaanNya ini secara langsung menggambarkan kehebatan serta kebesaran Penciptanya. Namun begitu, kebesaranNya hanya dapat dirasai oleh para hambaNya yang berfikir dan benar-benar merenungi kehebatanNya. Oleh itu, sentiasalah kita fikir-fikirkan tentang kehebatan ciptaan alam ini dengan kesempurnaan aqal fikiran yang telah Allah kurniakan kepada kita, sebagai hambaNya... sebagai pencetus kepada pertambahan keimanan kita kepadaNya.

Isnin, 4 Februari 2008

Kata-kata kita yang wajib kita kota

"Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya", QS 61, Surah As-Saff:Ayat 3

Kita boleh perkatakan apa sahaja, walaupun tiada kebenarannya...walaupun tiada ketulusannya tetapi sanggupkah kita hidup didalam kebencian Allah di muka bumiNYA ini bilamana perkataan kita hanya penyedap bicara sesama kita. Oleh itu, renung-renungkanlah perkataan yang telah kita lontarkan bersesuaian dengan ayat di atas.