Selasa, 29 Januari 2008

Apa khabar anda semua hari ini ?

Hari ini genaplah 22 hari kita menjengah ke tahun baru 1429 Hijrah. Adakah kita semua Ok setakat ini ? Persoalan Ok ini bukannya setakat diri kita sahaja bahkan status OK ini juga sepatutnya merangkumi keluarga kita, anak-anak dan isteri kita termasuk juga kedua orang tua kita.

Sama-samalah kita berusaha dari hari ke hari supaya kehidupan kita semua, amal-ibadat kita serta keluarga kita akan sentiasa lebih baik dari hari semalam. Setiap manusia secara fitrahnya dijadikan oleh Allah s.w.t sukakan kepada kebaikan. Kita sebagai ketua serta pemimpin keluarga, jadikanlah diri kita sebagai pemangkin kepada kecintaan, ketaatan serta ketundukan kepada Allah s.w.t. Bersama-samalah kita ikhtiarkan agar kita serta keluarga kita digolongkan sebagai sebuah keluarga yang sholeh bertepatan dengan perspektif Islam yang layak mendapat keredhaan dari Allah s.w.t seterusnya mendapat baraqah dan rahmah dariNYA di dunia mahupun di akhirat. Tinjau-tinjaulah kualiti amal-ibadat harian kita semua ye...

Sebagaimana firman Allah di dalam Surah At-Tahrim:Ayat 6 di bawah, Allah mengingatkan kita semua dengan amaran NYA iaitu :


Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
(QS. 66, At-Tahrim :Ayat 6)

Wallahu a'lam

Tiada ulasan: